Pelakon Shiqin Kamal berkata dia mahukan calon suami yang menjadi ‘man provider’ dalam rumah tangga mereka bagi membolehkannya dia meneruskan hobi berkuda.
Memetik HibGlam, pelakon berusia 34 tahun itu berkata dia masih solo dan perkongsiannya di media sosial kini hanya dengan aktiviti berkuda.
BACA: Review Filem: Lagenda Budak Setan
“Saya nak ‘man provider’ seratus peratus sebab kita nak main kuda sahaja. Saya masih ‘single and available’ (solo) . Sekarang saya memang tak ada sesiapa, kalau tengok Instagram saya kini aktif berkuda.
“Jadi, hati saya kini dimiliki kuda. Saya bukan la nak cari lelaki yang main sukan kuda. Bagi saya, aktiviti berkuda ni macam ‘healing’. Kalau terjumpa seseorang yang ada minat yang sama, Alhamdulillah. Tapi kalau tak jumpa, tak apa, kita tak mencari,” katanya.
Sementara itu, Shiqin berkata dia berhasrat untuk mewakili Malaysia dalam SEA Game dan akan menyertai pertandingan pertama pada hujung bulan ini di Sendayan, Negeri Sembilan.
“Saya aktif berkuda sebab dah jadi satu hobi. Lagipun, saya pun dah pasang niat sebelum umur 40 tahun, saya nak mewakili Malaysia dalam SEA Game.
“Saya memang dah pasang niat dan lebih serius sejak tahun lalu. Insya-Allah buat pertama kali saya akan sertai pertandingan berkuda pada hujung bulan ini.
“Tapi akhir tahun lalu, saya mula serius semula dan belajar jumping. Kalau tak boleh nak banggakan rakyat Malaysia dengan lakonan, kita banggakan dengan kemahiran yang ada,” katanya.
Dalam pada itu, Shiqin berkata dia sangat tenang apabila melakukan aktiviti berkuda dan baginya setiap masalah kita lalui pasti ada jalan penyelesaian.
“Dengan kuda kita boleh bertenang, baru kuda boleh berjalan. Dalam kehidupan ada masalah nak mengamuk. Bila berkuda, sangat tenang. Ada masalah, mesti ada penyelesaian. Benda itu boleh aplikasi dalam kehidupan,” katanya.
SUMBER: HibGlam