Pelakon yang semakin meningkat naik, Fikry Ibrahim 26, memberitahu bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya sebelum mencecah usia 30 tahun. Menurut Fikry, tahun ini dia mahu memberikan fokus terhadap perniagaan dan karier seni.
“Alhamdulillah, saya bersyukur kehadiran dalam industri seni lakonan semakin mendapat tempat di hati penonton dan tawaran berlakon masih ada.
“InsyaAllah, tahun ini saya bakal terbabit dalam filem yang belum dapat dikongsikan lagi. Namun, saya sangat teruja apabila tahun ini banyak perkara indah yang bakal saya harungi antaranya menguruskan perniagaan Go Eat.
“Soal cinta dan kahwin itu saya tangguhkan dulu. Lagipun saya masih solo dan belum terfikir untuk berkahwin. Bagaimanapun, sebelum usia 30 tahun saya sudah mempunyai keluarga. Doakan yang baik-baik,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran aplikasi penghantaran makanan dan platform masakan dari rumah pertama, Go Eat di Damansara.
Fikry yang juga pengasas bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Khairil Muzamil Abdul Rahman berharap aplikasi itu mencapai matlamat dan berjaya.
“Saya berharap dengan pelancaran aplikasi ini bisnes terbaru yang diusahakan untuk membantu golongan muda serta ibu tunggal untuk menjana pendapatan lumayan setiap bulan mencapai sasaran,” katanya yang sebelum ini turut mengendalikan perniagaan kedia gunting rambut Hairfeeks barbershop. (rtky/h)