fbpx

“Saya Mengaku Silap Tak Peka Dalam Pemilihan Pakaian”

Pakaiannya dikritik terlalu ketat dan tidak sesuai ketika memberi ceramah motivasi baru-baru ini, Janna Nick memohon maaf di atas kesilapannya itu dan menerima teguran tersebut secara positif.

Janna mengakui kekilafannya kerana tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu dan sedar dia sepatutnya berpakaian lebih sopan terutama di hadapan umum.

BACA: “Bagi Ceramah Motivasi, Tapi Pakaian Ketat Sendat Padat”

“Saya mengaku memang silap saya yang tidak peka dalam pemilihan pakaian ketika itu. Ini kali pertama saya dijemput untuk memberi ceramah motivasi dan mungkin disebabkan itu saya tidak pasti mengenai cara pemakaian yang betul.

“Insy-Allah saya akan perbaiki kalau selepas ini dipanggil lagi untuk memberi ceramah dan memakai baju mengikut kesesuaian acara. Saya ambil perkara ini secara positif saja,” katanya kepada mStar Online.

Kata Janna, dia menerima teguran secara baik dan tidak menyalahkan netizen. Jelasnya lagi, program itu adalah anjuran sebuah majalah gaya hidup dan bukan dilakukan di universiti seperti yang didakwa.

“Saya tak menyalahkan netizen sebab bagi saya, kalau mereka tak tegur, saya sendiri tak tahu kesilapan saya itu. Jadi saya terima sahaja teguran mereka dengan baik dan positif.

“Saya faham nak sampaikan sesuatu ilmu pengetahuan itu kita kena la berpakaian sopan berhadapan dengan umum.

“Walaupun sebenarnya program itu bukan dilakukan du universiti atau koleh tapi ia adalah anjuran sebuah majalah gaya hidup. Tapi segala kesilapan kecil itu saya akan cuba elakkan selepas ini,” ujarnya.