“Saya Masih Clubbing, Tak Pandai Hipokrit” – Ismail Izzani
Susulan tanggapan mengatakan dirinya artis bermasalah dan suka berparti di kelab malam, penyanyi Ismail Izzani enggan bersikap hipokrit serta mengakui memang ke kelab malam.
Memetik Kosmo, Ismail berkata dia juga manusia biasa dia tidak mampu lari daripada melakukan kesilapan.
BACA: “Saya Tak Perlu Jelaskan Apa-Apa, Biar Keluarga Tahu Dah Cukup” – Ismail Izzani
“Tentang pergi kelab malam (clubbing) atau berparti, kadang-kadang kita semua masih pergi. Saya masih pergi (clubbing).
“Tapi, saya tahu batasnya. Ada benda kita pergi ke sana ada sebab. Kadang-kadang, kawan kita ada di sana. Kadang-kadang juga, sebab nak berseronok.
“Saya pasti orang media pun ada di sana juga (ketawa). Saya tak mahu hipokrit dan mengakui dalam hidup, kita banyak buat silap,” katanya.
Menurut Ismail lagi, sebagai selebriti terkenal, sudah tentu lokasi dan keberadaannya pasti akanmenjadi perhatian dan buah mulut orang ramai.
“Kita tak boleh puaskan hati semua orang. Kita tak boleh suruh atau paksa orang sayang kita.
“Bagi saya, siapa yang betul-betul sokong, saya sangat-sangat menghargainya. Haters (orang yang membenci) juga banyak membantu.
“Mereka membuat saya beringat dengan cara yang kasar. Saya tak sentiasa betul dan saya takkan betulkan apa yang salah,” katanya.
Terdahulu, tular video memaparkan seorang lelaki mirip Ismail dilihat memeluk seorang wanita seksi di sebuah kelab malam sambil mencium pipi dan leher dalam keadaan ghairah.
- SUMBER
- Kosmo
Aku pulak tak pernah clubbing tak pandai hipokrit, apa orang nak kata, katalah.
Hah.. Dah boleh lah dislike, u follow artis yang bagai mempersenda agama.. Dan bawa contoh negatif. Sampai sanggup buka aib sendiri tanpa segan silu, semakin kita sokong dn di mkin berjaya… Makin menjadi lah….
Sembang serupa mcm takda agama.. family tak ajar ke? Semoga keturunanku dijauhkan sifat seperti ini
ni lah bila org takde asas agama berkata2..jadi diri sendiri itu salah. sebab hari ini mesti lebih baik dari semalam. ada pehem???????
..ni la si intan payung anak yang mak dia sikit punya backing hari tu..