fbpx

“Saya Masih Berkawan Dengan Zul Ariffin”

Ketika ramai ingin ‘menjodohkan’ Zul Ariffin dengan Neelofa dek penangan drama terbaru mereka, peminat seakan lupa tentang hubungan cinta diantara Zul dan Zahirah MacWilson. Jelas Zahirah, beliau masih berkawan baik dengan Zul.

BACA: “Tak Pelik Peminat Mahu Kami Bercinta”

“Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih berjalan dengan baik. Kami tidak pernah bergaduh atau bermasam muka. Cukup saya katakan, kami masih berkawan. Saya minta maaf kerana tidak dapat komen lebih lanjut”

“Rasanya tidak manis untuk saya terus berkongsi mengenai hubungan yang terjalin. Lagipun banyak hati yang perlu saya jaga. Saya tidak mahu mengecilkan hati sesiapa,” katanya kepada Harian Metro.

Sehingga sekarang rasanya ramai tidak tahu status sebenar mereka kerana sepertimana yang kita tahu pasangan ini agak menjaga privasi. Namun dulu pernah timbul gosip mengatakan bapa Zahirah tidak merestui hubungan mereka. (rtky/w)