fbpx

“Saya Mahu Pergi Dulu Sebelum Ibu” – Syada Amzah

Perkongsian penyanyi Syada Amzah menjadi perhatian apabila menulis nukilan istimewa buat ibunya, Fauziah Sarman sebelum berakhirnya tahun 2023.

Menerusi entri itu, Syada meluahkan rasa syukur mempunyai ibunya disisi serta diberi peluang untuk menjaga ibunya dan menyimpan impian untuk membuat ibunya bahagia.

BACA: Tak Pernah Rasa Dengki, Syada Amzah Bangga Dengan Shila

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

“Meluangkan masa di hari terakhir pada tahun 2023 dengan insan tersyang. Saya bersyukur dikurniakan insan yang hebat, rendah diri dan baik hati di sekeliling saya.

“Ibu, syukur alhamdulillah saya diberikan kesempatan untuk hidup. Allah beri peluang demi peluang pada saya untuk jaga ibu.

“Satu-satunya impian dalam hidup saya adalah untuk buat orang yang saya sayang rasa gembira dan bahagia. Ibu, anda adalah insan yang sentiasa berada di tangga pertama dalam hati saya,” tulisnya.

Lebih sebak, Syada berkata dia tidak dapat gambarkan dirinya jika ibunya pergi meninggalkan dunia terlebih dahulu suatu hari nanti dan mahu ‘pergi’ dahulu sebelum ibunya.

“Hasrat Adah, saya mahu pergi dulu sebelum ibu, sebab saya tak tahu apa yang akan berlaku pada saya jika ibu tiada di dunia.

“Saya tahu tak semua orang berkesempatan menjaga seorang ibu, ibu adalah lubuk pahala dunia akhirat dan seperti kita tahu, doa ibu tiada hijabnya. Jadi doakan Adah tau ibu, semoga saya murah rezeki, supaya boleh sentiasa belanja makan dan pakai ibu,”tulisnya.