fbpx

“Saya Maafkan Erra Fazira Tapi …”

Dikala peminat menyangkakan hubungan diantara Umie Aida dan Erra Fazira sudah kembali pulih, namun sebaliknya yang berlaku. Jelas Umie, beliau sudah memaafkan rakan karibnya itu namun tidak mampu lagi untuk berkawan.

BACA: Erra Fazira, Umie Aida Akhirnya Berdamai

“Saya sudah memaafkan tapi tak mampu berkawan semula, maaf,” jawab Umie ringkas ketika ditanya peminat mengenai perkembangan hubungan persahabatan beliau dengan Erra yang berantakan baru-baru ini.

Reaksi itu diberikan Umie ketika peminat bertanyakan mengenai perkembangan terbaru hubungan dua pelakon itu yang baru-baru ini berantakan oleh kerana sesuatu yang Umie tidak jelas menyatakan.

Kelmarin dua pelakon lagenda itu bertemu selepas beberapa hari kemelut diantara mereka. Dalam pertemuan itu Erra telah memohon maaf secara terbuka didepan Umie selepas hadir ke kediaman beliau.

Sehingga kini ramai masih tertanya-tanya apakah kesilapan yang dilakukan Erra, sehinggakan sampai ke hari ini Umie tidak mampu untuk melupakannya demi persahabatan yang sudah terjalin lamanya. (rtky)