fbpx

Pelakon dan pengacara, Zoey Rahman menafikan dia sedang bercinta dengan pelakon baru, Shakira Stephen sebaliknya mereka hanya berkawan rapat sahaja.

Menurut Zoey, dia sudah lama mengenai Shakira iaitu sejak empat tahun lalu namun kemudian mereka tidak berhubung kerana lost contact.

BACA: Lama Tak Tayang Zoey, Zarina Anjoulie Nak Hubungan Lebih Private

“Kami memang rapat sebagai kawan, untuk pergi makan-makan, ‘hang out’ dan luah perasaan.

“Kami kawan dan kenal masa dia menyertai program On Air kendalian Pak Nil (Datuk Aznil). Selepas itu, kami ‘lost contact’ dan baru-baru ini jumpa balik. Saya terkejut juga baca artikel di Harian Metro,” katanya.

Selepas melalui banyak siri ‘teman tapi mesra’ sebelum ini, Zoey berkata dia tidak menolak seandainya Shakira ditakdirkan jodohnya.

“Kalau dia jodoh saya, saya terima seadanya. Dia wanita yang baik, jujur dan sopan santun. Saya okey kalau memang ada jodoh. Kalau tak jadi nanti, orang cakap lain pula sebab itu selalu bertukar-tukar.

“Hingga ada yang komen saya ‘buaya’. Saya bukan ‘buaya’. Saya lelaki baik. Wanita di luar sana jangan takut berkawan dengan saya,” katanya.