fbpx

Lama Tak Tayang Zoey, Zarina Anjoulie Nak Hubungan Lebih Private

Sejak kebelakangan ini pelakon Zarina Anjoulie dilihat semakin bahagia dan jelita. Zarina mengakui dia tidak berasa malu berkongsikan apa yang dilakukan terhadap tubuh badan demi untuk tampak cantik.

Menurut Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju, dia tidak menyifatkan perkara itu sebagai mengaibkan atau memalukan buat dirinya. Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah pun dipadamkan selepas ianya dimuat naik.

BACA: Zoey Rahman Setia Temani Zarina Anjoulie Buang Tatu Nama Bekas Suami

“Apa-apa yang Aju buat dengan muka dan badan semua Anju tak pernah nak sorok dari netizen. Anju lipo muka perut lengan, adjust bibir, inject DNA salmon dekat muka tiap bulan, dripping sometimes.

“Ada yang cakap kenapa nak tunjuk orang dan bagitau apa Anju buat ibarat buka aib. Bagi Anju ini bukan buka aib tapi berkongsikan pengalaman,” tulisnya.

Dalam pada itu, ada netizen bertanyakan mengenai kekasih hatinya, Zoey Rahman apabila sudah lama tidak kelihatan di Instagram pelakon itu.

Menjawab persoalan netizen itu, Anju berkata dia memilih menjalani perhubungannya secara privasi dan tidak mahu terlalu menayang kepada umum.

 

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai hubungan kedua pelakon itu apabila kedua-duanya dilihat sering membuat IG Live bersama.