Lama tak dengar cerita mengenai Sarah Yasmine, wanita yang pernah menjadi kekasih gelap pelakon Aliff Aziz itu memberitahu dia sudah tidak berminat lagi menjalin hubungan dengan lelaki berstatus suami orang.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Sarah berkata dia tahu bahawa perkara itu salah dan mahu menutup kisah yang lalu dengan mana-mana lelaki sebelum ini.
BACA: Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Yang Mula Goda Aliff Aziz Di Set
“Saya dengan lelaki orang semua hanya berkawan saja sekarang. Tak ada satu pun yang disondol dengan saya lagi ya. Sampai semua habis, tutup buku tutup cerita biarpun apalah ceritanya dengan mana-mana lelaki,” katanya.
Sementara itu, Sarah turut mengatakan dia seorang yang jenis tahu malu dan mendakwa dirinya bukan jenis seperti Ruhainies.
Terdahulu, nama Sarah menjadi bualan ramai apabila mendedahkan medirinya adalah kekasih Aliff Aziz sejak Januari lalu . Malah, pendedahan Sarah juga turut mengejutkan ramai pihak mengenai kecurangan Aliff dengan Ruhainies.
SUMBER: mStar Online