fbpx

Sarah Yasmine Dakwa Ruhainies Yang Mula Goda Aliff Aziz Di Set

Nampaknya kontroversi terpalit pelakon dan penyanyi sensasi Aliff Aziz masih tiada kesudahan lagi apabila Sarah Yasmine yang mempersoalkan kenyataan Ruhainies yang dibuat sebelum ini mengenai kes khalwatnya.

Menerusi Insta Story, Sarah seolah menyindir mungkin pada malam tersebut tiada apa-apa berlaku.

BACA: Sarah Yasmine Dapat Notis Perintah Dari Aliff Aziz

“Okay la mungkin malam tu betul-betul tak buat apa-apa eh. Dah gitu yang lain 8 kali tu apa?” tulisnya.

Bukan itu saja, wanita yang mengaku kekasih gelap Aliff itu turut mendakwa Ruhainies yang mula-mula menggoda Aliff ketika di set penggambaran.

“Orang-orang kat set pun ada kata kau yang start goda-goda dia dulu beb,” katanya.

Sebelum ini, Aliff mengakui dia  berlaku curang dan ‘makan luar’ kerana jiwanya rasa kosong serta tidak menghargai apa yang dia miliki.