Umum mengetahui, hari ini berlangsungnya prosiding prosiding sulh hak penjagaan anak angkat penyanyi Noh Salleh dan bekas isterinya, Mizz Nina.
Bagaimanapun, suami kepada Mizz Nina iaitu Essam Muhammad dilihat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini bagi mewakili isterinya.
BACA: “Noh Beri Informasi Yang Salah Kepada Semua” – Suami Mizz Nina
Menerusi satu temu bual, Essam meminta Noh untuk berhubung dengannya menerusi media sosial dan bukan mencari Mizz Nina jika ada sebarang urusan.
Dalam pada itu, Essam menegaskan isterinya mempunyai dokumen hak penjagaan yang sah terhadap Musa.
Sementara itu, Noh terkejut apabila bekas isterinya mengambil keputusan menarik semula kes hak penjagaan penuh dan inter-parte anak angkat mereka.
Noh berkata dia hanya mahukan kebenaran serta mendakwa dirinya dianiaya dikhalayak ramai serta menafikan dakwaan menculik anak angkatnya itu.
Turut menjadi perhatian perkongsian Noh di Insta Story dimana dia membalas kepada peguamnya Muhammad Shamsyuar Jasmin menyatakan dia ‘relax’ sahaja ketika memberikan kenyataan.
Terdahulu, Noh tidak tahu punca bekas isterinya menarik semula kes tersebut serta tertanya-tanya apa sebenarnya permainan pihak sebelah sana.