Semalam hangat diperkatakan apabil Azar Azmi memuat naik gambar bersama Fizo Omar serta menggunakan panggilan ‘life partner’ sekaligus menimbulkan tanda tanya dikalangan netizen mengenai hubungan kedua mereka.
Bagaimanapun, Fizo menganggap panggilan yang digunakan Azar itu sebagai teman yang berkongsi minat sama. Jelas Fizo lagi, mereka hanya sekadar kawan baik sahaja tiada hubungan istimewa seperti yang diperkatakan.
BACA: Azar Azmi & Fizo Omar Mengaku Sedang Bercinta?
“Jawapan saya masih lagi sama seperti sebelum ini. Kami berkawan baik, namun belum ada membabitkan sebarang perasaan antara kami.
“Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Azar dengan panggilan ‘life partner’ atau teman hidup itu adalah untuk menggambarkan kami yang berkongsi minat sama,” katanya kepada Harian Metro.
Fizo berkata Azar ada meluahkan hasrat untuk mencuba melakukan aktiviti motosikal lasak bagi merasai sendiri pengalaman aktiviti terbabit dan dia hanya membawa Azar untuk melakukan aktiviti tersebut.
Dalam pada itu, Fizo memberitahu dia menghargai komen positif daripada warganet di ruangan komen foto itu dan berharap agar peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.
“Saya hargai semua komen positif daripada warganet. Saya harap, semua orang dapat mendoakan yang baik-baik. Apa pun, masih terlalu awal untuk kami menjalinkan hubungan lebih daripada kawan baik,” katanya.