“Saya Hanya Tahu Kewujudan Jenama Itu Selepas Lancar Teaser Di IG”
Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pelakon baru, Sharifah Rose apabila perniagaannya didakwa meniru nama dan serta reka bentuk satu jenama tempatan, Sekuntom.
Selepas beberapa hari berdiam diri, akhirnya pelakon itu memuat naik satu perkongsian di Instagram menjelaskan mengenai isu berkenaan.
BACA: Nama Perniagaan Sharifah Rose Didakwa Ciplak Jenama Tempatan?
Menurut Rose, dia merupakan pendatang baru dalam dunia perniagaan dan banyak perkara dia perlu pelajari serta menerima pandangan dan kritikan dengan hati yang terbuka.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia tidak tahu mengenai jenama tempatan itu sebelum melancarkan teaser peniagaannya di Instagram dan kajian sudah pun dijalankan sebelum pemilihan nama.
“Pada awal mula pemilihan nama untuk syarikat kajian sudah pasti dijalankan. Cuma saya hanya tahu kewujudan jenama yang diperkatakan itu bersama dengan jenama Rose selepas melancarkan teaser di IG,” tulisnya.
Dalam pada itu, Rose berkata pemilihan nama Sekuntum itu kerana ia sangat dekat dengannya kerana keluarga memanggilnya dengan gelaran tersbeut.
Kata Rose lagi, dia memohon maaf sekiranya ada mencetuskan kekeliruan malah pihaknya juga sudah pun mendaftar jenama website jenama tersebut pada September lalu.
“Banyak aspek perniagaan yang perlu dipertimbangkan memandangan segala persediaan sudah dilaksanakan. Buat masa ini, sekali lagi, dengan rasa rendah diri, ingin memohon maaf sekiranya Rose dianggap mencetuskan kekeliruan dan tentunya sebelum memulakan bisnes kajian telah dibuat oleh team saya.
“Checklist untuk mendaftar syarikat juga telah dibuat dan jujurnya kami telah pun mendaftar website syarikat www.sekuntum.com pada bulan september lalu,” tulisnya.
Nampak sangat la team ko tu tk buat kerja. Meniru je kerjanya.
Puiiiih.. kau percaya ke family dia panggil dia “sekuntum”
Stop kencing berterabur.
Itu lerrrr sekuntum aku kurang percaya. Kalau sebimbo tu percaya la jugak kahkahkahkah. Try hard betul minah ni. Menyampah tengok dia ni perasan cun. Budak2 yg mengidolakan dia ni sama bimbo la gamaknya jenis asyik bergaya tapi otak udang hahahahaha adela tu nanti sapa2 sentap hahahhahaha
Betina + Tudung = Kau Rasa?
Betina + Tudung = Kau Rasa??
Explain lg detail ttg macamilk? Design, warna, smua Sama kecuali nama. Mmg 100% copy paste. Jd? Stop kencing kami.. :)
Tak payah lah nak explain kat haters ni..kau diam pon kau kena..kau explain pon kau kena..so biarkan anjing menyalak bukit…bukit tak kan runtuh pon… percayalah pada rezeki..semua sudah diaturkanNYA.
@humhum…faham baik makna rezeki..kalo g merompak bank pn, dpt duit,rezeki jugak..beli no ekor menang rezeki jugak..
Agak2 la nak temberang pun. Org bodo and fanatic je pecaye. Copy paste sebijik habis with the existing brand. Ape ko dpt wahyu dlm mimpi ke psl design, name, and all that.
Google sekuntUM + tudung pun dah boleh keluar sekuntOM. Sb x bijak dari netizen lah jadi cam ni.
nak tya aku tak tau pun jugak kewujudan sekuntum ni brand jual apa.
yg si copy sekuntum ni pun agak2la ..ko dah meniru nama kalau bgtau tktau ada wujud nama gitu tkpe lagi.dah logo pun sama mmg benakla tak buat kajian nk menipu pun.
apekebodo
Wei dia tiru air kotak australia pulak..macamilk..cube la klua idea sendiri..nir smue nak tiru..skg susah tao if nak tiru meniru..dunia di hujung jari u