Pelakon Meerqeen berkata dia tidak melihat kemenangan sesebuah anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.
Memetik Awani, Meerqeen bagaimanapun berkata dia menyimpan impian untuk memenangi trofi Anugerah Oscar yang disifatkan lebih ‘legit’.
BACA: “Saya Ada Boyfriend Di London” – Ameera Khan Nafi Bercuti Dengan Meerqeen
“Sejujurnya saya tidak pernah mengharapkan apa-apa anugerah pun sebab pencapaian saya bukan pada trofi, pencapaian saya apabila nama saya ada dalam hati peminat.
“Kalau dapat alhamdulillah, jika sebaliknya saya teruskan hidup macam biasa sebab menang trofi bukan ada benda istimewa pun yang jadi dalam diri saya.
“Saya hanya idamkan trofi Oscar, itu impian saya. Saya fikir anugerah itu sahaja yang paling ‘legit’. Mungkin kedengaran kelakar tetapi saya percaya kalau saya kerja keras, tiada yang mustahil untuk genggam trofi tersebut,” katanya.
Sementara itu, Meerqeen berkata pencapaian bukan terletak pada trofi semata-mata memandangkan dia sudah menerima pelbagai tawaran sebelum menang anugerah lagi.
“Saya ada beritahu peminat untuk tidak mengundi saya kalau saya tercalon dekat mana-mana anugerah. Bagi saya, tidak mengapa saya tidak dapat semua itu asalkan mereka dapat layanan sepenuhnya daripada saya sebagai artis yang mereka minat.
“Mahu kata untuk lebih banyak tawaran mahupun ‘endorsement’, saya sudah lama dapat semua itu sebelum menang anugerah lagi.
“Semua orang boleh dapat itu jadi menang trofi bukanlah ada beza pun. Mungkin itu satu pencapaian tetapi bagi saya tidak menang pun tidak mengapa asalkan saya ada tempat dalam industri seni tanah air,” katanya.
SUMBER: Awani