fbpx

“Saya Gembira Dengan Penampilan Saya, Itu Adalah Saya” 

Cara pemaikaiannya dilabel seksi, pempengaruh media sosial iaitu Kasih Iris Leona berkata dia enggan ambil peduli tentang komen netizen yang dilemparkan terhadapnya.

Memetik Astro Gempak, anak kepada Azhar Sulaiman itu berkata dia senang dengan dirinya dan hanya menjadi diri sendiri.

BACA: Leona Tak Sependapat Dengan Bapa, Tak Faham Cara Azhar Sulaiman Berfikir

“Saya tak peduli, orang boleh cakap apa-apa yang mereka mahu tentang badan saya. Saya gembira dengan penampilan saya, cara saya berpakaian, itu adalah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Leona berkata dia tidak membaca komen negatif netizen mengenai dirinya kerana dia hidup di dalam dunianya sendiri dan mahu fokus pada perkara positif sahaja.

“Saya tak baca pun komen, saya tak tahu apa yang orang cakap tentang saya. Saya hidup di dalam dunia saya sendiri. Banyak orang yang negatif dan positif di dunia ini, jadi fokus untuk positif sahaja,” katanya.

SUMBER: Astro Gempak