fbpx

“Saya Doakan Nadia Dapat Kebahagiaan Yang Dicari”

Kemelut rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya Muizz Nasruddin, akhirnya bertemu titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu pada Jumaat lalu.

Muizz berkata bersaksikan wakil daripada dua pihak, dia dan Nadia sudah pun berpisah secara sah. Ujarnya, dia melafazkan cerai di luar mahkamah supaya mereka dapat ‘move on’ dengan kehidupan masing-masing.

BACA: “Setelah Beberapa Lama Gantung Tanpa Tali, Akhirnya Saya Bercerai”

“Lafaz cerai dilakukan malam Jumaat lalu di kawasan perumahan di Puchong dan bersaksikan wakil daripada dua pihak.

“Disebabkan mahkamah lambat menetapkan tarikh perbicaraan, saya membuat keputusan untuk melafazkan cerai di luar mahkamah. Dengan cara ini kami dapat ‘move on’ dengan kehidupan kami,” katanya.

Dalam pada itu, Muizz berharap selepas ini tiada pihak cuba mengaitkan dirinya dengan Nadia serta mendoakan supaya bekas isterinya bertemu kebahagiaan.

“Selepas ini saya harap jangan kaitkan saya bersama dia lagi. Saya doakan yang terbaik buat Nadia dan semoga dia dapat kebahagiaan yang dicarinya,” katanya.

Nadia mendirikan rumah tangga dengan Muizz pada 9 November 2019 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.