fbpx

“Saya Dipihak Yang Benar, Tak Perlu Takut”

Meskipun kontroversi terpalit dirinya, namun pelakon Ruhainies dilihat tenang meneruskan kehidupan seperti biasa dengan menjalani penggambaran serta komited dengan kerjanya.

Baru-baru ini, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri dilihat ada memuat naik perkongsian sedang menjalani penggambaran bersama Ruhainies di sekitar Kuala Lumpur.

BACA: “30 Minit, Bukan 3 Jam” – Ruhainies

Menerusi video itu, Ruhainies berkata dia tidak perlu takut kerana berada di pihak yang benar dan bukan seperti diperkatakan.

“Saya komited pada kerja. Lagipun saya dipihak yang benar, tidak perlu takut. Berani kerana benar,” katanya.

Semalam, Ruhainies berkata ada fakta tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

Kata Ruhainies lagi, apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tidak sampai tiga jam pun seperti yang tular.