fbpx

“30 Minit, Bukan 3 Jam” – Ruhainies

Susulan didakwa melakukan khalwat baru-baru ini, aktres Ruhainies berkata hubungannya dengan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz hanya sekadar kawan.

Memetik BH Online, Ruhainies berkata dia sudah lama mengenali Aliff dan dia akan menjelaskan lebih lanjut dalam satu kenyataan rasmi kelak.

BACA: “Saya Bukan Kena Tangkap Basah”

“Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu.

“Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Jerat. Tapi, apa pun, saya akan jelaskan secara lebih terperinci dalam kenyataan rasmi nanti,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata ada fakta tidak tepat mengenai laporan penangkapan mereka sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi.

“30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diuar-uarkan dan tak sampai tiga jam pun.  Jadi, apabila benda tidak tepat dikeluarkan, lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” katanya,” katanya.