fbpx

“Saya Degil Orangnya, Walaupun Sudah Dilarang Tetap Pakai”

Baru-baru ini, nama Kilafairy menjadi bualan ramai susulan tular fotonya berpakai motif kulit ular. Sering berkongsikan penampilan mencolok mata, Kila berkata dia tidak ambil peduli dengan kritikan netizen terhadapnya.

Jelasnya lagi, kutukan netizen tidak memberi kesan pada dirinya, malah ianya lebih memberikan semangat padanya untuk membuktikan bahawa dirinya boleh berjaya.

BACA: “Banyak Kali Tegur Tak Nak Dengar, Dia Buat Lagi”

“Saya buat dan pakai apa yang saya suka. Orang ingin kritik, silakan kerana tidak memberi kesan kepada saya.

“Lagi mereka kutuk, lagi meningkat motivasi saya untuk membuktikan tetap boleh berjaya dan masih berada di tempat sekarang,” katanya kepada Kosmo!

Menurut Kila lagi, ibu bapa dan keluarga tahu apa yang dipakai dan dilakukan. Katanya lagi, meskipun sudah di larang dia mengakui dia seorang yang degil.

“Kadang-kadang saya merujuk kepada ibu bapa dalam soal pemakaian, tetapi biasalah saya ini degil orangnya, walaupun sudah dilarang, tetap pakai.

“Keluarga dan teman-teman rapat kenal siapa saya. Asalkan ibu bapa saya tidak terganggu, saya okey sahaja. Namun kalau fesyen yang melampau, mereka ada juga tegur dan saya akan tunduk terhadap nasihat mereka,” katanya.