fbpx

“Saya Dedah Kes PU Azman Sebab Takut Kepada Azab Allah”

Pendakwah bebas Firdaus Wong tidak bersetuju dengan keterangan mendakwanya dirinya seorang yang berani, malah dia mengakui sebenarnya penakut.

Perkara itu diberitahu oleh pendakwah itu ketika membuat hujahan prosiding kes perbicaraan amang seksual membabitkan PU Azman semalam.

BACA: “Saya Tertekan & Sukar Tidur Lihat Gambar Kemaluan Lelaki” – Firdaus Wong

Memetik BH Online, Firdaus yang merupakan saksi ke-10 itu berkata dia hanya menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu mereka yang memerlukan serta takut dengan azab Allah jika tidak membantu meskipun sedar dirinya akan dikecam.

“Saya tak tahu dan tak berani puji diri sendiri. Saya ingin jelaskan kenyataan Isfadiah, tak berani mengaku. Malah dalam satu kenyataan Sembang Viral di TV9, saya mengaku yang sebenarnya saya ni penakut.

“Saya sebenarnya takut kalau di akhirat nanti Allah tanya bila orang datang minta bantuan selepas dizalimi dan saya kelebihan untuk membantu mereka, saya tak bantu mereka.

“Maka saya memaksa diri membuat apa yang termampu walaupun saya tahu akan dikecam, dihina dan dicaci maki. Tetapi ketakutan kepada Allah dan azabnya membuat saya boleh hadapi caci maki itu.. Saya sebenarnya seorang penakut, bukan berani,” katanya.

Dalam pada itu, menjawab mengenai peranannya dalam kes berkenaan Firdaus berkata dia menjadi pemudah cara kepada mangsa namun tidak sesekali memaksa untuk membuat laporan polis.

“Pemudah cara dan untuk menenangkan mangsa terlibat kerana hampir semua kes yang kami kendalikan terutama bila melibatkan orang terkenal, mangsa akan alami ketakutan, trauma dan ‘anxiety’.

“Tugas saya beri kefahaman yang mereka tidak akan disaman oleh pihak yang dilaporkan,” katanya.

Terdahulu, PU Azman didakwa atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki pada Februari dan Julai tahun lalu.