fbpx

Pendakwah bebas, Firdaus Wong mengatakan dia mengalami kemurungan sejak menerima kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Memetik Kosmo, Firdaus berkata tekanan tersebut berpunca daripada kerap melihat mesej berbaur gangguan seksual serta gambar kemaluan lelaki sehingga sukar tidur malam.

BACA: Ebit Lew Hantar Gambar Kemaluan Lelaki Kepada Pengadu – Saksi

“Semenjak menerima kes itu dan melihat begitu banyak mesej serta gambar kemaluan lelaki, saya sendiri yang merupakan lelaki tertekan dan sukar untuk tidur malam kerana imej-imej itu sering berlegar di minda,” katanya.

Ditanya mengenai mesej yang dihantar oleh saksi menerusi kumpulan di aplikasi Whatsapp iaitu ‘NOBODY’ yang bertulis ‘Amaran!! keburungan-keburungan’ sebenarnya berlaku kesilapan ejaan dan perkataan yang dimaksudkan adalah kemurungan.

“Perkataan keburungan-keburungan adalah kesalahan ejaan daripada saya sendiri yang sepatutnya bermaksud kemurungan-kemurungan,” katanya.

Terdahulu, Ebit berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.