Menfailkan permohonan cerai pada awal Januari lalu, penyanyi, Ezlyn menyifatkan punca perceraian beliau dan suami kerana tiada persefahaman. Menurut Ezlyn, beliau dan suami masih tinggal bersama biarpun jarang bercakap antara satu sama lain.

“Saya sifatkan kami sudah tidak sefahaman, tiada sebab lain untuk saya mengambil keputusan meminta cerai. Perkara ini bukan baru, sebab ia berlarutan selama beberapa tahun cuma saya mendiamkan daripada pengetahuan keluarga dan orang lain”

“Daripada media sosial kami pun rasanya sudah boleh agak namun tiada siapa yang bertanya. Malah, prosiding mahkamah juga sudah bermula sejak awal tahun ini sehinggalah diketahui umum. Kami masih suami isteri, jadi semestinya masih tinggal bersama,” katanya kepada Astro Gempak.

Pasangan itu kini sedang menjalani proses kaunseling dengan jawatankuasa Pendamai (JKP) dan dinasihatkan untuk tidak mengulas lanjut mengenai prosiding yang berlangsung. Untuk pengetahuan, Ezlyn telan mendirikan rumah tangga pada 21 November 2011 dan belum dikurniakan cahaya mata. (rtky/w)