Terpalit dengan kontroversi yang tidak putus putus, pelakon Tasha Shilla menjelaskan bahawa dia kini mahu bangkit semula dan tidak mahu terlalu mengejar cinta. Namun dalam masa yang sama, Tasha juga mahukan lelaki yang mampu membawanya ke arah kebaikan.
BACA: Tasha Shilla: Jangan Kaitkan Isu Seksi Dengan Agama
“Tiada guna saya menipu kerana memang ada yang cuba serius mendekati. Ada di antara lelaki ini fikir, saya mudah digula-gulakan untuk menerima cinta mereka. Saya tidak memandangkan kemewahan”
“Seandainya ditakdirkan kembali bercinta, saya berharap dipertemukan dengan lelaki yang jujur. Saya dambakan lelaki yang betu; betul bersedia mahu membimbing saya ke arah kebaikan,” katanya dipetik dari BH Plus.
Tambah Shila lagi, dia mahu membina kehidupan baru yang lebih baik lebih lebih lagi dirinya bakal menjelang umur 30 tahun pada Januari tahun hadapan. Malah pelakon ini juga berharap agar kontroversi yang dilaluinya sebelum ini tidak akan berulang lagi. (rtky/s)