fbpx

“Saya Dalam Fasa Percubaan, Doa Yang Baik-Baik” – Lana Nodin

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Lana Nodin menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya tampil berhijab sekaligus mendapat reaksi positif daripada netizen.

Memetik Harian Metro, Lana berkata dia kurang selesa untuk menghebahkan soal penghijrahan sebaliknya berdoa agar istiqamah berubah ke arah lebih baik.

BACA: Lana Nodin Puas Hati Berhabis RM166,000 Buat Pembedahan Kosmetik

“Bukan tidak mahu berkongsi, cuma saya masih berada dalam fasa percubaan sejak Ramadan lalu. Bukan tidak mahu menghebahkan, cuma belum istiqamah sepenuhnya lagi.

“Kalau orang nampak tu nampak la. Apatah lagi, suami pun turut menyokong segala keputusan dan tindakan yang dibuat oleh saya. Kini saya berada dalam fasa percubaan, doa yang baik-baik buat saya,” katanya.

Menurut Lana lagi, usianya bakal mencecah 46 tahun dan dia mahu bermuhasabah diri dalam masa sama mahu membimbing suaminya seorang mualaf.

“Hujung tahun ini saya bakal bertambah usia kepada 46 tahun, pejam celik lagi beberapa tahun dah masuk 50 tahun. Selain muhasabah diri, saya bersama keluarga berubah ke arah lebih baik atas nasihat rakan-rakan.

“Saya hendak membimbing diri suami yang mualaf, namun tidak bertudung jadi seperti tidak selari. Jadi ini salah satu fasa untuk berubah ke arah lebih baik, bukan saja saya dan suami tetapi buat anak-anak juga,” katanya.

Untuk rekod, Lana mendirikan rumah tangga dengan suaminya David atau nama Islamnya, Mohd Daud McKienzi pada 15 Mei 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata.