fbpx

Lana Nodin Puas Hati Berhabis RM166,000 Buat Pembedahan Kosmetik

Umum mengetahui tahun lalu pelakon Lana Nodin memberitahu dia menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan bahagian hidung di Seoul, Korea Selatan.

Memetik Utusan Online, Lana berkata pembedahan kosmetik dilakukannya itu bukan atas faktor suka-suka tetapi kerana masalah kesihatan.

BACA: Pergi Private Party Di Korea, Lana Nodin Dipuji Makin Cantik

“Saya akui sudah banyak kali buat pembedahan. Rasanya, semua sudah tahu, mula-mula saya menjalani pembedahan kosmetik beberapa tahun lalu kerana nak betulkan semula hidung yang senget akibat kemalangan motosikal di bangku sekolah. Kalau dikira, sudah lima kali saya lalui proses ini,” katanya.

Sementara itu, Lana berkongsikan dia berpuas hati dengan hasil meskipun berhabis sebanyak ratusan ribu ringgit serta berharap itu adalah pembedahan terakhir.

“Berhabis sebanyak RM166,000, saya berpuas hati dengan hasil pembedahan. Tak rasa sakit langsung! Mungkin sebab teknologi pun sudah berevolusi. Saya harap itulah kali terakhir perlu jalani pembedahan,”katanya.

Dalam pada itu, Lana berkata dia tidak menghentam jika ada artis yang melakukan pembedahan kosmetik kerana mereka mungkin ada alasan berbuat demikian.

“Bagi saya, orang bukan tak tahu adanya perubahan wajah atau bentuk badan kita, nama pun selebriti dan sentiasa jadi perhatian orang. Bagaimanapun, secara peribadi, saya fikir tak salah pun jika seseorang itu nak tampil cantik.

“Kalau tidak, tak adalah semua orang pakai produk atau merawat kulit wajah atau pakai kosmetik. Satu yang saya tahu, jika buat pembedahan wajah atas faktor kesihatan itu dibolehkan.

“Ada artis yang rasa ‘insecure’ kalau kelihatan tak cantik, ada yang buat untuk suami, jadi perkara ini adalah subjektif untuk kepuasan diri. Tetapi macam saya, memang buat kerana faktor kesihatan,”katanya.