fbpx

“Saya Dah Tak Kuasa, Siapa Nak Ambil-Ambillah” – Fauziah

Perkongsian ibu kepada Shila Amzah iaitu Fauziah Sarman menjadi perhatian apabila mengesahkan suaminya, ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Menurut Fauziah, lafaz cerai itu dibuat di Masjid Ar Rahman, Bangsar, dan dia dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp semalam.

BACA: ND Lala, Isteri Sah Bercerai Selepas 34 Tahun Kahwin

Memetik Harian Metro, Fauziah berkata dia sudah cuba ikhtiar untuk pertahankan rumah tangganya namun mengakui sudah penat berjuang sendirian.

Katanya lagi, selama 10 tahun kebelakangan ini, dia melihat ND Lala seakan tidak menghargai dirinya.

“Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri. Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah,” katanya.

Tambahnya lagi, bekas suaminya itu seolah membuang mereka sekeluarga. Katanya lagi, dirinya seperti digantung tidak bertali sejak beberapa tahun lalu.

“Saya dah digantung tak bertali. Ia berlaku sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan hari itu pun, kehidupan saya huru hara.

“Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.

“Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan…mungkin. Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah mendedahkan ND Lala hanya pulang ke rumah selama tiga bulan saja pada 23 Januari lalu dan membuat pengakuan sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada Disember tahun lalu.

“Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.

“Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.

“Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat,” katanya.

Pada April lalu, Fauziah mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani dengan kapsyen ditulis ‘penyondol’ serta mengesahkan wanita itu adalah isteri kedua suaminya.