fbpx

“Saya Dah Sampai Tahap Kesabaran & Kehormatan Saya Dicabar” 

Selepas beberapa hari hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit keluarganya, penyanyi Shila Amzah akhirnya membuka mulut mengenai perkara berkenaan.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Shila berkata dia mgnakui tidak bangga dengan apa yang diperkatakan olehnya ketika Live tempoh hari.

BACA: “Emak Tak Redha Dengan Apa Shila Buat, Berhenti Menipu!!”

Malah, dia juga tidak menyangka isu rumah melibatkan keluarganya itu menjadi besar kerana dia mahukan perkara tersebut dibincang secara baik dan tidak perlu hingga bermusuhan.

“Saya tak bangga dengan apa yang saya cakap dalam ‘live’ tersebut, tapi dalam masa yang sama seandainya apa yang saya luahkan itu dapat memberi manfaat kepada sesiapa juga yang senasib dengan saya syukur Alhamdulillah, mungkin kesedaran itu harus di ketengahkan lagi.

“Untuk di usia yang sebegini saya rasa lebih baik kita berbincang dengan cara yang baik, tidaklah sampai bermusuhan..tidaklah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. 

“Saya sebenarnya mengharapkan benda ini tak menjadi seperti ini dan saya tak pernah sangka pun dalam hidup saya ini..kalau saya nak benda ini terjadi dah lama ia akan terjadi,” katanya.

@buletin.tiktok

credit : youtube tv3malaysia #fyp #berandatiktok #bikinpanas

? original sound – buletin.tiktok ? – Buletin tiktok

Menurut Shila lagi, apa yang diluahkan ketika Live tempoh hari adalah selepas bertahun-tahun dia menyimpan dan akhirnya terbuka.

Dalam pada itu, Shila berkata dia sudah cuba banyak kali untuk berbincang sehingga terpaksa membuat keputusan sendiri serta merasakan tahap kesabahannya dicabar.

“Pernah cuba banyak kali, takkan lah kita tak cakap dahulu atau bincang dahulu tapi bila yang lain-lain tidak memberi kerjasama makanya saya terpaksa buat keputusan dengan sendiri tapi untuk memberi kehidupan yang lebih baik. Secara logiknya saya dah sampai tahap di mana kesabaran saya dan kehormatan saya dicabar dan tercabar.

“Untuk isu ini sama juga, tak ada siapa yang kena halau. Tak ada isu langsung saya ini menghalau darah daging saya sendiri sebab kalau saya betul-betul nak buat saya tak payah tunggu lama. Tak ada siapa pun nak hidup dalam keadaan macam ini begitu lama,” katanya.