fbpx

“Saya Cuba Pertahankan, Fify Yang Berkeras Putuskan Hubungan”

Pelakon Nafiez Zaidi mengakui hubungan cinta bersama aktres Fify Azmi yang dibina selama dua tahun sudah berakhir sejak April lalu.

Power Geng! Sunway Pyramid Dah Ada Ruang Komersial Baharu

Semakin canggih dan lebih selesa lepas ni bila korang jejak kaki di Sunway Pyramid. Kalau korang nak tahu, menjelang suku keempat tahun ini, Sunway Pyramid akan berwajah baru dengan pengenalan Oasis sebagai ruang runcitnya! Awesome...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Nafiez berkata mereka sudah pun menetapkan tarikh perkahwinan pada Disember tahun lalu namun Fify yang berkeras untuk putus meskipun dia cuba pertahankan hubungan mereka.

BACA: Netizen Tuduh Nafiez Zaidi, Kekasih Tinggal Sebilik Di Pulau Perhentian

“Kami sudah tetapkan tarikh kahwin pada bulan Disember tahun lalu, tetapi Fify minta tangguhkan ketika saya menjalani penggambaran Malbatt: Misi Bakara di Turkiye.

“Namun, sekarang ini sejujurnya kami hanya berkawan kerana saya dan Fify tiada apa-apa hubungan lagi sejak hari Aidilfitri keenam yang lalu.

“Saya pun sudah cuba pertahankan hubungan kami. Namun, dia yang berkeras untuk bawa haluan masing-masing,” katanya.

Menurut Nafiez lagi, pada awalnya dia bersetuju untuk menangguhkan majlis mereka, tetapi tiada jawapan untuk menetapkan tarikh baru pernikahan mereka

Tambahnya lagi, hubungan mereka renggang ditambah pula sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

“Pada awalnya saya tidak mahu menundakan perkara baik yang sudah dipersetujui bersama-sama, tetapi saya ikutkan sahaja kehendaknya.

“Masing-masing pun kemudian sibuk dengan jadual kerja sehingga kami semakin renggang dan mungkin itu antara punca kami tiada apa-apa,” katanya.

Dalam pada itu, Nafiez berkata perpisahan mereka bukan kerana orang ketiga namun dia akan tetap menjalin persahabatan dengan aktres itu serta tidak menyimpan dendam.