fbpx

Baru-baru ini, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah menggesa pelawak Ali Puteh membayar saman yang dimenangi olehnya sejak Februari 2022 lagi meskipun sebelum ini memaklumkan akan membayar tuntutan berkenaan.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik Boom, Ali menyangkal dakwaan dia tidak berusaha untuk melangsaikan hutang kakak iparnya itu. Jelasnya lagi, dia sudah cuba membayat hutang tersebut namun ditolak.

BACA: Sambal Petai Laku Keras, Hidayah Gesa Ali Puteh Bayar Saman RM76,167.28

“Saya sudah cuba bayar hutang (denda mahkamah) tersebut tetapi ditolak kerana dia hanya mahukan bayaran secara tunai. 

“Sedangkan saya cuba berkompromi untuk menyelesaikan semuanya dengan harta benda yang saya ada. Itu saja jalan yang saya ada untuk selesaikan hutang tersebut.

“Itu pun selepas dinilai hitung, harta yang ada masih tidak cukup untuk membayar keseluruhannya dan perlu menambah wang tunai. Janganlah buat macam saya ni tak berusaha atau buat tak tahu..Saya tak faham bagaimana lagi caranya, apa yang dia mahu,” katanya.

Dalam pada itu, Ali mendedahkan dia tidak menerima tawaran bekerja dan agak sukar baginya untuk membuat bayaran yang dituntut secara tunai.

“Saya hantar surat melalui peguam dan memaklumkan pihak sana untuk menyelesaikan kepada pihak sana untuk menyelesaikan jumlah ganti rugi dan kos yang dituntut dengan menyerahkan aset dimiliki kepada Hidayah seperti motosikal RXZ, motosikal 125Z dan motosikal Y15.

“Untuk mencukupkan jumlah yang dituntut bakinya dibayar secara tunai. Dan perkara saya pernah tanya pada peguam dia, beliau menyatakan jika tak ada tunai, bayarlah dengan aset. Cukup-cukuplah…jangan putar belitkan fakta, kita sama-sama tahu apa yang terjadi,” katanya.