Umum mengetahui, pelawak Ali Puteh kini mengusahakan perniagaan Sambal Petai Terangkat bersama isterinya. Malah, sambal yang dijual olehnya itu mendapat sambutan daripada orang ramai.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Baru-baru ini, balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah dilihat ada memuat naik perkongsian laporan mengenai perniagaan Ali yang laku keras.
BACA: “Seumur Hidup Belum Pernah Saya Lupa Diri”
Menerusi entri tersebut, Hidayah turut menggesa Ali membayar saman yang dimenangi olehnya sejak Februari 2022 lagi meskipun sebelum ini memaklumkan akan membayar tuntutan berkenaan.
Hidayah turut menyebut jumlah saman yang perlu dibayar sebanyak RM76,167 serta meminta bekas adik iparnya itu tidak lupa dengan saman berkenaan.
“Baguslah, tapi duit saya menang saman pada 18/02/2022 sampai hari ini 2023 belum bayar dan jangan buat-bauat lupa ye, dah bulan 8 ni. Masih awak tak bayar lagi duit saya.
“Sampai sekarang ye jangan diam sahaja dan jangan lupa bayar. Awak masih berhutang dengan saya RM76,167.28 sehingga kini.
“Kakak awak masih berhutang dengan saya RM2,000 sebab kalah saman, belum bayar dari 2022 hingga kini 2023. Sehinggalah 2023 sudah. Sekarang viral tentang orang berhutang kan, hutang wajib kena bayar,” tulisnya.
Perkongsian Hidayah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong tindakannya itu supaya pihak yang perlu membayar saman ingat tentang tuntutan berkenaan.
Turut menjadi perhatian apabila Hidayah turut mendedahkan duit sumbangan yang diberikan di atas nama Hamzah turut dirampas oleh oleh pihak sana.