“Saya Cakap Benda Betul” – Atu Zero Mohon Maaf Kepada Nabila Razali
Susulan gurauan pelawak, Atu Zero mengatakan Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara live di program The Masked Singer 3 ternyata membuatkan penyanyi itu terasa hati.
Menurut Nabila, gurauan tersebut mungkin kelakar bagi sesetengah orang namun tidak bagi dirinya yang cuba sedaya upaya untuk menjadi penyanyi yang bagus.
BACA: Diperli Atu Zero Tak Boleh Nyanyi Live, Nabila Razali Terasa Hati
Memetik mStar Online, Atu berkata dia sudah menghantar mesej permohonan maaf kepada penyanyi itu menerusi DM di Instagram namun tidak berbalas.
“Saya dapat tahu hal tersebut apabila ada orang maklumkan kepada saya. Mungkin peminat dia. Jadi saya terus DM (direct messege) dia mohon maaf. Dia tidak balas mesej tersebut.
“Mungkin dia tengah marah, jadi berikanlah masa dahulu. Kalau selepas ini marah lagi saya akan ulang minta maaf,” katanya.
Mengakui kesilapannya itu, Atu berharap agar komen yang diberikan itu dapat dijadikan sebaia pembakar semangat untuk Nabila terus menjadi lebih baik di masa akan datang.
“Daripada segi kata-kata memang saya salah. Namun melihat pada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat untuk dia menyanyi lebih baik ketika membuat persembahan live selepas ini.
“Apa yang saya cakap ketika program itu bukannya tak betul. Perkara itu pernah viral sebelum ini. Jadi saya cakap sahajalah,” katanya.
Dalam pada itu, Atu berkata dia akan lebih berhati-hati selepas ini ketika berlawak kerana ada bahan lawak boleh diterima namun ada yang dianggap sensitif.
- SUMBER
- mStar Online
Mungkin dlm budaya melayu ni ckp benda yg betul dianggap biadap, kurang ajar. Tp sebenarnya org yg x boleh terima hakikat kelemahan dia ditegur, dikritik tu yg bermasalah. Kalau nada dia ckp tu dgn tujuan menghina atau nak memalukan itu baru kita boleh kata biadap! Tp kalau nada dia cakap tu menyatakan apa yg semua org tahu jd apa masalahnya?! Org yg kena tegur tu laa yg tak terima hakikat kelemahan dia sendiri!
Marketing ke betul? Skrg byk sgt taktik marketing smpai makcik keliru yg mn berita yg mn jenaka yg mana fakta.
Alaa patutnya nabila jgn ckp apa2. Mmg la dia terasa hati tp tu semua sbb diri dia sendiri jgk yg menyanyi terkucil masa live haritu. Kalau dia x terkucil xdala org nk melawak mcm tu. Dia je xyah nk canang kt semua yg u terasa. Be responsible ok.
X boleh terima knyataan diri tu x bileh nyanyi live.. Nak terasa buatpe… Atu ckp bnde btul…
Klu btol blh nyanyi, buktikn nyanyi live tk hauk. Tiap kali nyanyi live sumbang mambang .Tu bukan penyanyi namanya
tak kena batang hidung mst akan cakap” itu pon nak terasa”. menyanyi adalah pekerjaan dia dan dari situ org kenal nabila razali. opkos la dia terasa hati bila ada org lain dgn lantang nya kata dia tak bole nyanyi live. cuba ada personaliti tv ckp kat rancangan dia “atu, lawak ko sebenarnya tak lawak pon” korg rasa atu panas tak?. moral of the story, buat apa nak kutuk2 org dlm rancangan tv. nak tegur secara berhemah tak perlu tegur dalam rancangan tv. itu maksud nya nak membahan dan mengajak org ramai ketawa dengan apa yg dia cakap. benda ni common sense. be kind laaaa.
Kon**L…. lawak, nyanyi,pelakon sama jak mo minta puji minta ambil perhatian. Marketing la apa bagai..minta puji mcm sitaikk2.. lek2 sudah la…