Diperli Atu Zero Tak Boleh Nyanyi Live, Nabila Razali Terasa Hati
Pelakon dan penyanyi, Nabila Razali mengakui terasa hati dan kecewa apabila menjadi bahan ketawa dalam satu program hiburan baru-baru ini.
Difahamkan, ia berikutan tindakan pelawak Atu Zero yang didakwa mempersendakan bakat nyanyiannya ketika menjadi juri program tersebut.
BACA: Tiada Lelaki Cuba Dekati, Nabila Razali Akui Sesekali Rasa Sunyi
Menurut Nabila, gurauan tersebut mungkin kelakar bagi sesetengah orang namun tidak bagi dirinya yang cuba sedaya upaya untuk menjadi penyanyi yang bagus.
“Mungkin punchline sebegini kelakar bagi sesetengah orang. Tetapi bagi saya ia tidak. Saya cuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri setiap tahun. Hanya peminat setia sahaja yang tahu kemajuan yang saya buat,” katanya.
Dalam pada itu, Nabila turut meminta kepada pelawak di luar sana supaya lebih berhati-hati serta mencari ‘bahan’ yang lebih baik untuk membuatkan orang ketawa.
“Kepada semua pelawak di luar sana sila cari bahan yang lebih baik untuk membuat orang ketawa. Saya tidak nampak ini berbeza dengan body shaming.
“Atau mungkin anda benar-benar perlu merendahkan seseorang supaya anda menonjol. Saya tak marah dia langsung. Cuma kecewa sikit,” katanya.
Meskipun tidak menyebut nama sesiapa namun ramai dapat meneka individu tersebut adalah Atu Zero.
Sebelum ini, tular video di aplikasi TikTok dimana Atu memberikan komen kepada seorang peserta dengan penyanyi dalam kostum itu bukan Nabila Razali kerana penyanyi itu dikatakan tidak boleh menyanyi secara live.
Satu Msia yg kenal ko tau level nyanyian ko tu kt mana. So xyah laa over sngt bila org ckp benda yg betul. Diam2 sudah laa!
Dah 10 tahun menyanyi, tapi kalau masih terkucil, live tak boleh, tak payah la jadi live singer. Jadilah artis album auto tune sahaja. Balik2 guna alasan saya masih belajar, saya masuk kelas vocal, etc. Listen, all those great singers yang cakap Nabila ada peningkatan, they were just being nice and berbudi bahasa. Realiti is, 10 tahun tu masa yang lama. Kalau still masih macam Akademi Fantasia, mengakulah ko memang tak ada bakat menyanyi pun. Memang patut terasa pun dengan lawak tu. What you gonna do? Whine and play victim so ppl will pamper you and can forget your inability to sing live?
kan…dlm AF pon dh blajar vokal.tahun 2013 tu…kt kluar pon blajar vokal lg..smpai bila ko bg alasan yg sama dowh…dh 10 tahun kot..Atu cakap benda yg betul pon ko nak sentap…so, bila dh 10thn xleh nyanyi, baik berenti jer…shame on you!!!! peminat ko pon bodoh sgt…
dia cuma cakap hang takboleh nyanyi live. itu fakta dik
bukan dia cakap ‘suara sumbang terkucil ke laut sakit telinga baik takpayah nyanyi macam NR’ tu iye lah hang nak terasa
bagi saya nabila masa dekat AF lagi bagus dari yg sekarang