fbpx

“Perempuan Kalau Cinta, Cinta Mati” – Bella Astillah

Sejak beberapa bulan lalu hangat diperkatakan mengenai rumah tangga pelakon dan penyanyi Bella Astillah apabila suaminya, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama aktres, Ruhainies.

Baru-baru ini, Bella dilihat ada memuat naik video di TikTok mengatakan kebanyakan wanita jika cintakan seseorang mereka akan setia.

BACA: Netizen ‘Restu’ Syed Saddiq & Bella Astillah

@bellaastillah_94

Tuhan ini cinta atau….. ?

? original sound – Bella Astillah – Bella Astillah

Kemudian, Bella menyanyikan lagu berjudul Mati Matian yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Mahalini.

Perkongsian Bella itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang berpendapat lagu berkenaan seolah tepat dengan situasi dihadapi ibu kepada dua cahaya mata itu.

Dalam pada itu, ramai yang memberikan kata-kata semangat serta mengatakan Bella layak mendapat seseorang yang lebih baik dan mahu melihat wanita itu gembira.

Terdahulu, Bella mendedahkan Aliff berlaku curang sebanyak 11 kali dan lebih mengejutkan ramai aktor itu turut curang dengan adik perempuannya, Eriqa Astillah.