Biarpun tidak dinyatakan secara langsung hubungan mereka, Erra Fazira tidak mahu menjadi ‘kaunter pertanyaan’ bagi kontroversi mengaitkan kekasihnya, Shahir beberapa bulan lalu. Menurut Erra, beliau tidak pernah mencampuri masalah peribadi penyanyi itu.
BACA: Kontroversi Tak Gugat Cinta Shahir Dan Erra Fazira
“Memang kami masih berkawan macam biasa namun sepanjang dengan dia saya tidak pernah mencampuri atau ambil pusing mengenai hal peribadinya. Jangan jadikan saya macam kaunter pertanyaan mengenai dirinya kerana apa masalah membabitkan dia biarlah dia jawab.
“Cukuplah saya katakan kami masih berkawan kerana saya memang tidak ada berkawan dengan lelaki lain pun. Nak cakap lebih pun tak manis sebab saya wanita. Selebihnya biarlah dia yang jawab sebab dia lelaki,” katanya kepada m Star Online mengenai hubungan mereka.
Terdahulu, Shahir didakwa tidak membayar hutang yang dipinjamnya. Lebih hangat lagi apabila, individu terbabit mendedahkan perkara tersebut di laman sosial. Bagaimanapun Erra enggan dikaitkan dengan kontroversi tersebut. (rtky/w)