fbpx

“Saya Bukan Jual Babi, Saya Jual Sambal”

Baru-baru ini, tular video memaparkan sesi live ketika pelawak Ali Puteh sedang menyediakan sambal untuk dijual namun muncul komen biadap seorang netizen.

Menerusi video itu, Ali menyelar individu itu yang mempertikaikan keberkatan rezekinya sekaligus membuatkan dia berang.

BACA: Ulas Isu Anak Abby Abadi, Netizen Minta Ali Puteh Bayar Hutang Hidayah

@deli_ahmad

GARA2 MULUT PUAKA NETIZEN ALI PUTEH MENGAMUK DALAM LIVE.. #aliputeh #fyp #angry

? original sound – Daily Ahmad – Daily Ahmad

“Allahuarabbi, bawa-bawalah cermin diri tu abang. Orang punya rezeki berkat tak berkat ke tak payah buat kerja tuhan. Dia cakap rezeki tak berkat, rezeki kepala bapak dia. Orang berniaga elok-elok.

“Rezeki ini kita usaha, kita doa, tawakal dan kita serah pada Allah. Kita tak tahu rezeki kita berkat atau tak yang menentu Allah. Bukan kita yang menghukum orang..rezeki orang berkat atau tak. Saya bukan jual babi dekat depan ni, saya jual sambal,” katanya.

Sementara itu, Ali berkata menegaskan dia tidak pernah memaksa orang ramai untuk menyertai siaran langsung tersebut ataupun memaksa beli sambal jualannya.

“Patut kita duduk, muhasabah diri, doakan untuk Palestin bukan menyebok mengata orang.  Ajak jumpa kau takut. Orang berniaga jangan kacau. Saya tak pernah paksa orang masuk, saya tak pernah paksa orang beli,” katanya.

Dalam pada itu, Ali turut menasihatkan agar menjaga tutur kata serta tidak mempunyai perasaan hasad dengki dengan rezeki orang lain dan cermin diri sebelum berkata mengenai orang lain.