Hangat diperkatakan apabila ada individu mendakwa Janna Nick dan kekasihnya Dini Azan Schatzmann telah berkahwin di selatan Thailand tahun lalu. Lebih mengejutkan apabila individu itu mendakwa pasangan itu kahwin lari di sana.
Bagaimanapun, Janna menafikan dakwaan liar itu dan menjelaskan tiada sebab untuk dia bernikah secara senyap di negara berkenaan kerana dia bukannya bercinta dengan suami orang. Ujarnya lagi, untuk apa mereka berbuat demikin sedangkan kedua-duanya masih bujang.
BACA: Netizen Dakwa Janna Nick Kahwin Lari Tahun Lalu Di Selatan Thai?
“Dalam sesebuah perhubungan pastinya perancangan kahwin itu ada, tapi tak ada la sampai nak kahwin lari, saya bukannya bercinta dengan suami orang.
“Kalau betul kami dah nak berkahwin pasti saya akan umumkan tarikh, tapi itu semua sekiranya segala persiapan awal telah dibuat. Tapi dalam keadaan sekarang ini, segalanya tergendala. Jangankan kenduri kahwin, rumah terbuka pun belum tentu boleh buat,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Janna menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita palsu tersebut.
Terdahulu, tular di laman Twitter ada individu memuat naik keratan memaparkan maklumat peribadi Janna dan Dini, termasuk nama penuh dan nombor kad pengenalan.
Malah, jelas kelihatan menerusi keratan itu mendawak mereka telah melangsungkan perkahwinan di daerah Satul iaitu di selatan Thailand pada 10 Jun 2019.