fbpx

“Saya Bukan Antivaksin, Panggil Saya Prosafe”

Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan mengenai Rita Rudaini berkaitan isu vaksin apabila pelakon itu belum bersedia menerima vaksin Covid-19.

Menafikan dirinya antivaksin, Rita turut meminta orang ramai menjadi dahulu gelaran antivaksin dan lebih selesa digelar prosafe.

BACA: Netizen Minta Rita Rudaini Berhenti Meroyan Isu Vaksin

“Sebelum nak gunakan sesuatu perkataan kena kaji dulu makna antara antivaksin dan prosafe. Anda boleh panggil saya prosafe,” tulisnya.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Rita menjelaskan jika benar dia antivaksin sudah tentu dia tidak akan mengambil suntikan vaksin sebelum menunaikan umrah serta ketika kecil.

“Kalau sistur antivaksin, tak ada lah sistur ada cucuk vaksin sebelum ni macam vaksin pergi umrah dan vaksin masa kecik termasuk anak-anak,” katanya.

Terdahulu, Rita berkata dia lebih memilih untuk mengamalkan gaya hidup sihat dengan cara mengambil makanan-makanan sunnah berbanding menerima suntikan vaksin Covid-19 yang masih dalam kajian.