fbpx

Netizen Minta Rita Rudaini Berhenti Meroyan Isu Vaksin

Nampaknya tiada kesudahan lagi apabila Rita Rudaini dilihat sering meluahkan perasaan mengenai kecaman diterima kerana enggan menerima vaksin.

Ketika ramai teruja mahu pulang ke kampung bertemu ibu bapa serta bercuti, lain pula bagi Rita yang mengatakn dia tidak kisah jika tidak dapat berbuat demikian. Malah, Rita turut menyindir menteri dengan mengatakan bahawa tidak semua rakyat boleh diperbodohkan.

BACA: “Tak Penting Bagi Aku Balik Kampung, Bercuti, Dine-In”

“Setakat bagi dine-in, rentas, masuk mall..lagi apa lagi? Itu je NIKMAT yang boleh bagi? Alahai, tak hadap pun. Semua tu bukan keperluan.

“Tapi kalau bagi SYURGA..haa memang sistur menggelupur merentan kat rumah nangis tepi flush jamban. Itu barulah nikmat. Wahai YB/Menteri dah dah lah tu, tak semua rakyat boleh diperbodohkan,” tulisnya.

Susulan itu, ramai netizen sudah mula bosan serta mengkritik tindakan Rita yang dianggap terlalu sombong dan bongkak.

Malah, ada yang meminta Rita menyediakan sejumlah wang yang banyak jika dijangkiti COVID-19 serta mencari hospital swasta agar tidak menyusahkan kakitangan hospital kerajaan.

Dalam pada itu, ada yang mempersoalkan mengapa Rita masih berkongsikan gambar lama percutiannya jika dia tidak hadap untuk melancong atau merentas negeri.

“Tak teringin nak rentas merentas, holiday, dine-in, kenapa kapsyen tak seiring dengan gambar? Masih memuat naik gambar-gambar lama kenapa? Dia ingat orang nak kesian dekat dia? Lambat lagilah orang nak kesian,” tulus netizen.

Sementara itu, ada seorang netizen mencadangkan supaya tidak terus melayan kerenah Rita yang dianggap suka meraih perhatian.

“Perempuan kurang kasih sayang. Tak payah layan. Biar dia bercakap dekat Instagram seorang diri. Lagi bagi perhatian lagi dia suka. Dasar attention seeker. Padan muka kena tinggal laki,” tulis netizen.