fbpx

“Saya Boleh Nyanyi Live Untuk Buktikan Bukan Auto Tune”

Selepas tampil dengan lagu Hujan, usahawan sensasi dan penyanyi Iqbal Zulkefli bakal muncul dengan single kedua berjudul Undur Diri.

Memetik portal Gempak, Iqbal mengakui susah untuk membaca tempo dalam bernyanyi namun mengakui suaranya masih boleh digunakan untuk tujuan rakaman.

BACA: Iqbal Tak Sabar Nak Tengok Drama DSV Dengan PA Baru

“Ketika rakaman, ada orang akan jaga tempo di depan muka saya. Maka, tiada msalah untuk saya buat rakaman lagu.

“Cuba fikir adakah rakaman lagi ini satu jenayah? Atau melampau batas? Tidak kan? Jadi kenapa kita perlu takut. Cari saja orang yang mahir hasilkan lagu. Pemilihan harus tepat.

“Suara saya yang anda dengar ini yang raw tanpa edit. Saya boleh nyanyikan secara live untuk buktikan bukan autotune,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata lagu Undur Diri itu hasil ciptaan komposer dari Indonesia dan pihak yang menghasilkan lagu itu bukanlah orang biasa-biasa.

“Di Indonesia, orang yang saya bekerjasama ini bukanlah orang biasa. Menerima banyak anugerah.

“Tapi menghargai apa yang saya mahukan. Tidak sedikit pun meremehkan meskipun mereka semua tahu kelemahan saya. Sering mereka ulang ulang ‘Iqbal, jalan terus. Jangan takut. Kami akan bantu,” katanya.

Lagu Undur Diri dicipta oleh komposer dari Indonesia, Tuan Jeffrey Stefanus yang pernah menghasilkan lagu Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti.