fbpx

“Saya Boleh Nampak Masa Depan Dengan Lokman”

Pelakon Atikah Suhaime memaklumkan akan melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada 21 Januari tahun depan.

Memetik Harian Metro, Atikah yang bertunang bulan lalu berkata dia kini dalam proses untuk selesaikan dokumentasi perkahwinan apatah lagi ianya membabitkan dua negara.

BACA: Atikah Suhaime Takut Gemuk Walaupun Makan Tauhu Seketul

“Setakat ini semua dah bersiap sedia termasuklah untuk pakaian dan pemilihan solekan. Cuma yang tinggal adalah dokumentasi memandangkan perkahwinan kami membabitkan dua negara.

“Sebenarnya, kami rancang majlis ini di saat akhir juga dan kami pun baru bertunang bulan lalu. Jadi, sekarang, nak selesaikan perkara berkaitan dokumentasi saja,” katanya.

Sementara itu, Atikah berkongsikan Lokman membuatkan dirinya rasa tenang serta menyifatkan tunangnya itu adalah pilihan terbaik serta seorang yang bertanggungjawab.

“Saya tertarik dengan Lokman sebab saya rasa tenang bila ada dengan dia. Berbanding dengan yang lain, dia adalah pilihan terbaik.

“Dia berikan ketenangan dari segi mental, stabil dari segi kehidupan dan saya boleh nampak masa depan saya dengan dia. Selain itu, dia juga seorang yang bertanggungjawab.

“Selepas ini, setiap perkara yang saya nak lakukan saya kena minta izin daripada Lokman terlebih dulu, kemudian barulah saya berbincang dengan pengurus saya. Saya mohon, doakan yang terbaik untuk kami,” katanya.