“Saya Berubah Bukan Untuk Tunjuk Baik”

Setelah pelakon dan juga pelawak, Nabil Ahmad mengerjakan ibdah haji, dia mengakui ada mulut-mulut yang mempertikaikan dirinya yang tidak banyak berubah. Bagaimanapun, Nabil mempunyai jawapan tersendiri terhadap perkara tersebut.

BACA: Nabil Ahmad Enggan Sentuh Bukan Mahram

“Saya berubah atas kehendak saya sendiri. Bukan nak tunjuk baik jauh sekali takut orang mengata saya bukan suami dan bapa yang baik untuk keluarga. Tapi semuanya berlaku kerana tanggungjawab semakin berat di bahu”

“Secara berdikit-dikit, saya memenuhi kekurangan dalam diri. Saya belajar ilmu agama. Saya berubah kerana mahu sesuatu yang boleh dijadikan contoh buat anak-anak saya kelak. Mereka adalah hala tuju saya yang baharu. Perubahan yang positif, itu yang saya inginkan,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Walaupun perilakunya sering dipertikaikan sesetengah pihak, namun bagi Nabil dia sentiasa mencari sisi positif sesuatu perkara selain memperbaiki kekurangan yang ada.

“Saya tahu ada yang cakap, Nabil tak banyak berubah selepas pulang Mekah. Perkara ini terlalu subjektif untuk diperkatakan. Tapi usaha saya untuk mengelakkan daripada terjebak daripada kemungkaran-kemungkaran tersebut, saya lakukan dalam diam-diam”

“Antaranya saya terpaksa menolak tawaran berlakon kerana komitmen sebagai pelakon memungkinkan saya menolak prinsip hidup saya yang satu ini. Faham-faham sajalah dunia lakonan ini. Ada banyak fitnah. Saya tak nak ulas panjang-panjang. Mana yang lepas itu, lepas sajalah. Tak perlu dikenang,” katanya. (rtky/s)

Gambar Ihsan: Utusan Online

×