fbpx

“Saya Bersuara Di Twitter Bagi Pihak Lain”

Kebelakangan ini suara Fathia Latiff agak menjadi perhatian ramai kerana kepekaan beliau mengenai isu semasa negara dan terbaru mengenai isu banjir di Pulau Pinang. Ramai mendakwa pelakon itu cuba menjadi batu api dengan mempolitikkan isu terbabit dikala rakyat sedang bersedih.

Agak hebat Fathia dikecam rentetan soalan yang diajukan kepada Perdana Menteri di laman Twitter beberapa hari lalu. Jelas Fathia, beliau bukanlah anti kerajaan tapi hanya bersuara untuk pihak rakyat lain. Dan mungkin statusnya sebagai ‘public figure’ dapat membantu suara rakyat didengari.

BACA: Sindir Perdana Menteri, Fathia Latiff Dikecam

Tidak cepat melatah, Fathia memahami sikap rakyat Malaysia yang agak sensitif dengan kebebasan bersuara sebagaimana negara kita juga tidak mengamalkannya secara keseluruhan. Bagaimanapun Fathia sempat meminta maaf kepada peminat yang tidak senang dengan sikap terbukanya.

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap menghukum seseorang hanya kerana silap di masa silam. Dalam perkara ini, tidak rasa tindakan Fathia mempolitikkan keadaan kerana ianya sekadar soalan. Dengan statusnya juga, mana tahu mesej yang disampaikan diterima seperti kes Nora Danish dulu. (rtky/w)