fbpx

Pasti ramai yang masih ingat lagi dengan Raja Dangdut, Iwan Syahwan yang kini sudah meninggalkan dunia dangdut dan beralih ke muzik ketuhanan.

Meskipun pernah mengecapi populariti dan kemewahan satu ketika dahulu namun kini Iwan selesa hidup sederhana sahaja. 

BACA: Iwan Tolak Permintaan Cipta Lagu Untuk Penyanyi Wanita, Bertegas Suara Itu Aurat

Memetik mStar Online, Iwan berkata dia juga tidak berharap dengan kemewahan kerana ia akan datang dengan pelbagai ujian yang besar.

“Alhamdulillah hidup saya sekarang daripada segi ekonomi semuanya cukup-cukup sahaja. Saya berdoa jangan minta kaya. Saya hanya mahu istiqamah dan hidup dalam keadan sederhana.

“Kalau kaya ujian kita juga besar kerana saya sudah laluinya sebelum ini. Daripada ujian itu juga mengajar kita untuk menjadi lebih baik. Bila kita banyak duit, macam-macam kita mahu. Ujian perempuan jangan tanyalah,” katanya.

Dalam pada itu, Iwan berkata dia kini menampung hidup daripada hasil wang royalti daripada lagu-lagu yang dihasilkan olehnya sebelum ini.

“Alhamdulillah sampai sekarang saya masih menerima royalti. Kiranya duit royalti ini macam pencen kami. Walaupun tak banyak, tapi masih ada juga wang untuk kami menyara kehidupan,” katanya.

Sebelum ini, Iwan mendedahkan dia pernah menolak permintaan penyanyi wanita untuk menghasilkan lagu buat mereka. Iwan berkata dia tidak menerima tawaran tersebut apatah lagi suara merupakan aurat bagi wanita.