fbpx

“Saya Belum Hamil, Itu Perut Buncitlah” – Watie

Baru-baru ini perkongsian Shuib menjadi perhatian apabila memuat naik gambar bersama isterinya Watie Hanifiah yang memegang sejambak bunga.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendakwa Watie hamil gara-gara menutup sebahagia perutnya dengan bunga berkenaan.

BACA: Watie Teruskan Amalan Arwah Siti Sarah Pakaikan Shuib Stokin

Memetik BH Online, Watie menafikan dakwaan dia menutup ‘baby bump’ dengan sejambak bunga serta menjelaskan dia belum lagi hamil.

“Saya belum hamil lagi… Itu hanyalah perut buncit saya. Sehingga hari ini, saya masih belum berbadan dua. Mana ada saya sorok ‘baby bump’. 

“Apa yang saya sorok adalah perut saya, tetapi, orang nampak juga. Jadi, sorok ‘baby’ itu tidak, sorok perut itu iya tetapi gagal. Jadi, saya masih belum hamil, belum ada rezeki lagi nampaknya… Doa-doakanlah,” katanya.

Dalam pada itu, Watie mengakui anak-anak tiri mahukan adik namun belum rezeki buat mereka. Kata Wati lagi, jika diberikan rezeki dia mahukan anak kembar.

“Kalau boleh anak-anak mahu kembar iaitu pasangan lelaki dan seorang perempuan. Namun, belum ada rezeki lagi,” katanya.