fbpx

“Saya Bayar Lebih Kepada LHDN, Tapi Masih Kena Blacklist”

Diana Danielle menerusi kenyataan di Instagram beliau meluahkan rasa kesal dengan tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang tetap menyenaraihitamkan namanya walaupun sudah melangsaikan hutang cukai tertunggak.

Pelakon itu mendedahkan yang beliau dikenakan cukai sebanyak RM350,000 beberapa tahun lalu namun berjaya mengurangkan jumlah itu hasil rundingan bersama LHDN kepada RM150,000.

Diana Danielle telah beberapa kali membayar dalam jumlah besar kepada pihak LHDN setiap kali beliau ingin ke luar negara termasuk bayaran berjumlah RM70,000 dan RM50,000 — dan mendakwa sudah melangsaikan jumlah RM150,000.

Namun selepas semakan semula dibuat oleh pihak akauntan peribadi beliau, Diana Danielle sebenarnya hanya berhutang RM30,000 pada LHDN dan sudah memaklumkan kepada pihak tersebut untuk memulangkan lebih RM100,000 yang sudah dibayar.

“I dah hantar letter on Monday asking why, sampai harini I masih tak dapat reason for this. Persoalannya, kenapa lama sangat nak refund tapi cepat sangat nak blacklist sampai kita semua terkejut and tak faham kenapa. Mana budi bicara yg sinonim dgn mereka?,” tulis Diana Danielle.

Diana Danielle dalam kenyataan sama menafikan laporan akhbar yang berkata beliau masih berhutang RM350,000 kepada pihak LHDN dan menganggap isunya sudah selesai. (rtky/m)