Sejak semalam hangat diperkatakan apabila pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun menegur babak drama yang ditayangkan di TV3 berjudul Surat Dari Tuhan lakonan Janna Nick.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Ustazah Asma menegur dialog yang digunakan agak melampau apatah lagi ianya dibuat di Tanah Suci serta mempersoalkan bagaimana boleh terfikir menulis skrip seperti sedemikian.
BACA: Ustazah Asma’ Tegur Dialog Drama Maki Mak Mentua Di Tanah Suci
Memetik Xtra, Janna berkata dia mengakui bukan mudah untuk menjalani penggambaran drama tersebut serta mengatakan watak yang dilakonkannya itu adalah paling jahat pernah dibawa.
“Ada kala apabila saya tengah shoot, terutama di Mekah dan Madinah, saya jadi takut untuk teruskan scene tertentu. Risau perkataan yang jahat dari mulut watak Misha tu dimakbulkan,” katanya.
Menurut Janna lagi, dia sentiasa beristighfar setiap kali mengeluarkan kata-kata kesat ketika berada di sana demi tuntutan kerja serta berharap drama tersebut dapat memberi mesej kepada penonton.
“Saya banyak istighfar setiap kali scene yang keluarkan kata-kata kesat. Saya pasti watak jahat saya ini bakal menjentik emosi penonton dan harap drama ini dapat sampaikan mesej yang mendalam kepada penonton,” katanya.