“Saya Bagi Syarat Kalau Nak Berkawan Kena Serius Sampai Kahwin”

Pelakon Sweet Qismina berkongsikan dia pernah meletakkan syarat kepada suaminya, Adam Lee ketika mereka di fasa berkenalan.

Menerusi satu podcast, Sweet berkata dia memberitahu Adam jika mahu berkawan dengannya perlu serius sehingga ke hubungan seterusnya.

BACA:Video Temu Bual Tular, Sweet Qismina Akui Kurang Ilmu Isu Rohingya Ketika Itu

@tooprettytohandle_

Sweet Qismina & Adam Lee : KALAU DATANG DEKAT SWEET NAK MAIN-MAIN, NAK CARI PEREMPUAN LAIN..SWEET, TAK NAK!! estikamedispa Telekungtea sweetqismina adamlee tyzoxander kakRARA

? original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle

“Saya bagi syarat dekat dia, all in or nothing. All in ni maksudnya kalau nak berkawan dengan saya, kena serius sampai kahwin.

“Kalau datang hanya nak main-main, kemudian cari perempuan lain nak ‘fling’ around apa semua saya memang tak mahu terima,” katanya.

Sementara itu, Sweet berkata lagi ketika itu usianya sudah mencecah 21 tahun dan tidak mahu hubungan yang hanya membuang masa tanpa hala tuju.

“Ketika itu saya di umur 21 tahun, kalau boleh berkawan tu tidak mahu main-main sebab saya penat. Main-main tu dari segi ‘flirt’, senang kata perasaan. Bukan dari segi kewangan. Kalau tanya saya, kewangan itu alhamdulillah okay. Kalau si dia nak mencari yang sudah stabil, saya memang sudah stabil ketika itu,” katanya.

×