fbpx

“Saya Anak Datuk Seri Vida, Tak Bermakna Kena Putih”

Baru-baru ini, anak kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Cik B dilihat ada memuat naik video mengikut trend di TikTok ketika bercuti di Switzerland.

Apa yang menjadi perhatian, Cik B mengatakan dia merupakan anak kepada Vida dan sememangnya dia menggunakan duit ibunya.

BACA: Dah Ada Bodyguard, Cik B Cuma Perlukan Kekasih

@cikb_havoc

Selain tu, apa lagi, guys? #tiktokmalaysia #cikb #bossb #datosrivida #trend #onthisday #fyp??viral #foryou #foryoupage

? original sound – cikb_havoc66 – cikb_havoc66

Turut mendapat perhatian, Cik B turut menyebut mengenai kulit warnanya  yang kurang cerah berbanding ibunya.

“Saya anak Datuk Seri Vida memang saya guna duit mak pun. Saya anak Datuk Seri Vida memang saya tak ada hati dan perasaan pun.

“Saya anak Datuk Seri Vida, tak bermakna kena putih,” katanya.

Namun, apa yang menyentuh hati netizen apabila adiknya, Kacak mengatakan dirinya tiada bapa.

“Saya anak Datuk Seri Vida, saya tak ada bapa,” kata Kacak.

Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan video tersebut. Malah, ada yang mengatakan video tersebut seolah luahan perasaan daripada Cik B.