Baru-baru ini perkongsian anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambarnya diiringi beberapa bodyguard.
Namun, turut menjadi perhatian kapsyen Cik B di TikTok mengatakan dia sudah mempunyai bodyguard dan dia hanya perlukan kekasih saja sekarang.
BACA: Tunjuk Duit Dalam Akaun Bank, Cik B Pernah Belanja RM1 Juta Sebulan
@cikb_havoc #CapCut i have a bodyguards but now need a lover? #onthisday #fyp #funny #cikb #bodyguard #tiktokmalaysia #starboy #tiktokmalaysia
Perkongsian Cik B mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan gurauan remaja berusia 18 tahun itu.
Diruangan komen, ada yang menawarkan diri untuk menjadi kekasih Cik B dan berseloroh sanggup untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Dalam pada itu, ada yang mendoakan agar Cik B bertemu jodoh dengan lelaki yang ikhlas menerima Cik B.